suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Over dedah Idham Maulana ‘curi-curi‘ jadi pelakon, kantoi bila anak muncul dalam drama TV

Mat Over (kiri) kini lebih terbuka menerima pilihan Idham.

PELAKON veteran Mat Over pada awalnya tidak bersetuju apabila Idham Maulana, memilih untuk menceburi bidang seni kerana tidak mahu anaknya itu melalui pelbagai liku dan cabaran yang pernah ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni.

Mat Over atau Sulaiman Yasin, 74, berkata dia lebih menggalakkan Idham meneruskan kerjaya dalam bidang sukan memandangkan anaknya pernah aktif sebagai pemain sepak takraw sehingga mewakili Malaysia.

Kata Mat Over, pengalaman berpuluh tahun dalam industri seni membuatkan dia sedar bukan mudah untuk seseorang artis membina nama dan mempertahankan kedudukan dalam bidang berkenaan.

Mat Over tidak mengalakkan anak-anak menceburi bidang seni.

“Sebenarnya memang saya tak berapa setuju kerana anak saya dulu bergiat aktif dalam bidang sukan. Pemain takraw wakil Malaysia, jadi saya tak galakkan dia masuk dalam industri seni. 

“Ia disebabkan saya sudah banyak menempuh ranjau menjadi artis. Kalau bernasib baik kita boleh pergi jauh (berjaya), kalau tidak terkandas di tengah jalan. 

“Saya mahu kalau boleh dia teruskan kerjaya dalam bidang sukan, kalau tak jadi pemain pun nanti boleh jadi jurulatih. Setidaknya boleh survive,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Bagaimanapun, minat mendalam Idham terhadap bidang seni mendorongnya mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami ilmu lakonan tanpa pengetahuan bapanya.

Menurut Mat Over, dia hanya mengetahui perkara itu selepas menyedari anaknya sering tidak pulang ke rumah setiap hujung minggu sebelum mendapat tahu Idham sebenarnya pergi ke rumah pengarah dan penggiat seni, Harun Hashim untuk belajar teater.

ARTIKEL BERKAITAN: Idham Maulana hormati prinsip Mat Over, elak guna nama bapa sebagai batu loncatan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran pun perlu cari makan, Mat Over minta produksi jangan bagi ‘job’ pada kroni sahaja

“Dalam diam-diam rupanya dia kenal Harun Hashim, saya pun tak tahu macam mana dia boleh kenal. Dia pergi menuntut ilmu teater dengan Harun. 

“Setiap hujung minggu dia tidak pulang ke rumah, saya risau juga. Rupanya dia pergi ke rumah Harun. 

“Bila dah lama duduk di rumah Harun, mungkin dia terima tawaran berlakon. Ada satu hari itu isteri saya nampak dia (Idham) di televisyen. Saya ingatkan pelanduk dua serupa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mat Over memberitahu dia akhirnya mendapat kepastian mengenai penglibatan anaknya dalam bidang lakonan selepas terserempak dengan Idham ketika menjayakan satu persembahan anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Saya sudah banyak menempuh ranjau menjadi artis. Kalau bernasib baik kita boleh pergi jauh, kalau tidak terkandas di tengah jalan. 

MAT OVER

PELAKON

Ketika itu, Idham yang bertindak sebagai penyanyi latar cuba menyembunyikan diri di sebalik penari lain selepas menyedari kehadiran bapanya.

“Sampailah satu masa saya buat persembahan ketika diundang oleh Seniman, waktu saya menyanyi ada beberapa penyanyi latar mengiringi persembahan. Bila saya pusing macam kenal seorang budak ni. Dia (anak) cuba berselindung di sebalik rakan tari yang lain. 

“Bila di rumah saya cakap nampak dia berlakon di televisyen. Betul ke? Saya suruh dia jawab dengan ikhlas. Dia akhirnya mengaku. Dia kata main-main dulu. Saya beritahu kerja tak boleh main-main. Artis ini satu kerjaya yang serius. 

“Saya kata kalau nak berlakon kena buat betul-betul. Insya-Allah saya tak marahlah dia, nak buat macam mana dah itu minat dia,” kongsinya.

Idham sebelum ini aktif dalam bidang teater.

Mat Over bagaimanapun menjelaskan dia meminta Idham supaya tidak menggunakan nama serta popularitinya sebagai jalan mudah untuk membina kerjaya dalam industri seni.

Sebaliknya, dia mahu anaknya berusaha sendiri mencipta identiti dan membina nama tanpa bergantung kepada status sebagai anak seorang pelakon.

“Saya cakap jangan pakai nama saya, pakailah nama pentas Idham Sulaiman ke atau apa saja asalkan tidak guna nama ‘Mat Over’. 

“Saya tidak mahu dia terlalu bergantung dengan bapanya. Bukan senang saya nak cipta nama, berpuluh tahun juga baru orang kenal. 

Mat Over dan Idham (kiri) bergandingan dalam filem Baga: Esok Untuk Siapa.

“Takkan dia baru masuk (industri) nama saya, kalau nama itu memang orang terima tak mengapa sebab bukan semua orang pun suka kita kan,” katanya. 

Sebelum ini, Idham mendedahkan enggan menggunakan status sebagai anak Mat Over sebagai tiket mudah untuk mengembangkan kerjaya dalam industri seni. 

Menurut Idham, dia menghormati keputusan bapanya yang mahu dirinya berusaha membina nama dan identiti sendiri tanpa bergantung kepada populariti aktor senior itu. 

Untuk info, Idham dan Mat Over turut bergandingan dalam filem Baga: Esok Untuk Siapa yang diarahkan oleh Ariff Zulkarnain.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain