suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ezzanie Jasny masuk wad semula... Kecederaan belum pulih, doktor saran rehat panjang

MASIH belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan jalan raya pada Januari lalu, pelakon Ezzanie Jasny terpaksa ditahan di wad sekali lagi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan secara terperinci.

Ezzanie atau nama sebenarnya Nurul Ezzanie Sherazade Jasny, 27, berkata proses penyembuhan kecederaan pada bahu, lutut dan kepalanya mengambil masa lebih lama kerana tidak cukup rehat, selain sibuk dengan penggambaran dan aktiviti sukan.

“Awal tahun ini saya kemalangan dan saya tak rehat langsung. Saya bekerja secara back to back, kemudian dapat pula tawaran kerja dengan watak berat.

Ezzanie dimasukkan ke wad semula bagi pemeriksaan lanjut status kesihatannya.

“Jadi saya tak sempat nak pulihkan diri dan perkara itu memberi kesan kepada saya. Dalam masa sama, saya juga aktif bermain pickleball sehingga lutut dan bahu mula bermasalah.

“Kepala saya pun sebenarnya masih ada lekuk dan bengkak. Perkara itu mengambil masa untuk pulih, jadi saya ditahan di wad bagi memeriksa tahap kesihatan dan keadaan badan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Ezzanie memberitahu hasil pemeriksaan mendapati kecederaan pada bahagian bahu dan lututnya masih belum sembuh sepenuhnya akibat kerap digunakan ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila pulang memang ‘burn-out‘ dan menangis” - Ezzanie Jasny letih watak berat

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan tak rehat, Ezzanie Jasny ambil cuti sepanjang Ogos

“Bahu saya tersepit sedikit antara saraf dan ligamen. Lutut pun mengalami keradangan dan masih bengkak.

“Saya pelik juga kenapa lambat pulih. Tetapi disebabkan kita bekerja dan tidak mendapat rehat secukupnya, ia turut memberi kesan,” ujarnya.

Susulan itu, doktor menasihatinya supaya berehat panjang daripada sebarang aktiviti seni bagi memberi ruang kepada tubuhnya untuk pulih sepenuhnya.

Ezzanie akui tidak boleh duduk diam walaupun sakit.

“Sejujurnya saya seorang yang tak boleh duduk diam. Doktor suruh saya berehat sekurang-kurangnya sehingga tahun depan.

“Paling tidak dalam tempoh dua hingga tiga bulan, saya perlu betul-betul berehat, menjalani fisioterapi dan melakukan senaman yang disarankan,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzanie mengakui pernah pitam ketika menjalani penggambaran drama Wali Dalam Tangisan dipercayai akibat kesan kecederaan daripada kemalangan berkenaan.

Katanya, insiden itu berlaku ketika melakonkan babak terjatuh daripada motosikal sehingga menyebabkan dia tidak mampu bangun akibat kesakitan.

“Untuk drama ini ada satu babak saya jatuh motosikal. Masa itu memang ada tilam disediakan, tetapi saya sebenarnya pitam sekejap.

“Selepas jatuh, saya memang tak boleh bangun kerana rasa senak dan sakit. Jadi saya takut perkara itu akan memberi kesan memandangkan saya juga sedang membuat persediaan untuk sebuah cerita lain.

“Sebab itu saya perlu tahu tahap kemampuan diri dan sejauh mana keadaan kesihatan saya sekarang,” kongsinya.

Terdahulu, Ezzanie terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kedua-dua ibu bapanya pada 11 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan percutian ke London.

Artikel Lain