suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Maembong idam Pelakon Wanita Terbaik, jadual bertembung punca tolak tawaran filem

Emma turut mengidamkan trofi FFM.

PELAKON Emma Maembong menyimpan impian untuk menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) selepas hampir dua dekad menceburi bidang lakonan.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata dia juga berhasrat untuk meraih pengiktirafan menerusi anugerah berprestij itu yang dinilai oleh barisan juri profesional.

“Siapa pelakon yang tidak teringin menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM? Setahu saya, saya tidak pernah tercalon dalam FFM. Saya tidak tahu sekiranya pernah tercalon.

“Kalau dapat, sudah tentu saya sangat bersyukur. Diundang ke FFM pun saya sudah cukup bersyukur,” katanya kepada mStar ketika majlis tayangan Suamiku Anak Mak di Bukit Jalil pada Khamis.

Emma harap satu hari boleh menang Pelakon Wanita Terbaik di FFM. 

Dalam pada itu, Emma berkata dia menerima banyak tawaran untuk membintangi filem namun kebanyakannya terpaksa ditolak berikutan faktor jadual yang sering bertembung dengan penggambaran drama.

Jelas Emma, penggambaran drama yang berlarutan sehingga tiga bulan menyukarkannya untuk memberikan komitmen kepada filem yang memerlukan pelakon dalam tempoh waktu tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu kabur muka, Emma Maembong mengaku pergi kelab malam… “Saya yang masuk dalam keadaan gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dedah sikap DJ Kidd buatkan dia jatuh hati… “Tak pernah sekali saya bayar makan”

“Kebanyakan produksi filem akan menghubungi saya dan perlukan masa saya untuk tempoh tertentu.

“Sedangkan penggambaran drama boleh mengambil masa sehingga tiga bulan. Tapi disebabkan mereka tak boleh tunggu masa saya, jadi saya terpaksa lepaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas watak dalam drama Suamiku Anak Mak, Emma berkata Zara adalah wanita bijak yang mempunyai kesabaran tinggi, namun memilih untuk menyimpan kebijaksanaannya sebelum menonjolkan sisi sebenar.

Emma anggap watak Zara mempunyai kesabaran tinggi. 

Emma akui tidak berdepan kesukaran besar kerana sudah biasa membawakan watak dengan konflik sedemikian.

“Nak kata penat sangat itu tidaklah kerana mungkin saya sudah terbiasa dengan lakonan sebegitu. Babak marah dan menangis sudah banyak kali saya lakukan.

“Cuma kalau dikatakan tertekan, memang kami tertekan. Kalau penonton boleh tertekan, apalagi kami sebagai pelakon lebih lagi kerana perlu memainkan emosi itu.

“Walaupun sudah biasa membawa watak sebegitu, tetap ada rasa penat dan tertekan,” tambahnya.

Artikel Lain