PELAKON Sharifah Haneesya menganggap luahan mengenai dirinya tidak diundang ke Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 sekadar perkongsian spontan selepas menyedari filem lakonannya turut tercalon pada acara berprestij itu.Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, berkata dia tidak berasa terkilan kerana menyedari hanya memegang watak hantu tambahan dalam filem tersebut sekaligus tidak mengharapkan layanan istimewa. “Saya cuma tengok semua orang pergi, jadi saya baru tahu yang saya tidak dijemput. Itu sahaja.Haneesya membawakan Pamakbul dalam Malam Terlarang.“Saya tak terasa pun. Saya anggap diri ini sekadar watak hantu tambahan. Nak terasa tentang apa? Takkanlah nak berharap pergi FFM sedangkan saya cuma jadi hantu tambahan yang dialog pun sepatah dua. Tak perlulah berangan nak pergi FFM,” katanya.Haneesya berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran dan pratonton mikro drama Senjakala serta Romantik Skuter di Kuala Lumpur pada petang Khamis.Bagaimanapun, aktres itu berpendapat pelakon yang memegang watak sampingan atau kameo juga wajar diberikan penghargaan dengan dijemput ke acara seperti FFM.ARTIKEL BERKAITAN: “Gelaran itu bukan milik saya” - Sharifah Haneesya minta jangan lagi dikaitkan dengan ‘Dewi Remaja’ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee kesal netizen pilih kasih boikot Zahirah MacWilson - “Perempuan salah sampai bila-bila ingat, kalau lelaki laju saja maafkan“Jelasnya, setiap watak mempunyai peranan tersendiri dalam menghidupkan sesebuah karya meskipun tidak diberikan banyak dialog atau muncul dalam tempoh lama.“Tanpa watak-watak sampingan, sesebuah cerita itu tidak akan menjadi. Jadi, kalau dijemput, saya rasa tiada salahnya.“Bukanlah semua pelakon tambahan yang sekadar lalu di belakang, itu tidak logik. Maksud saya, pelakon tambahan yang mempunyai watak atau pelakon kameo, lebih-lebih lagi untuk acara besar seperti itu.“Kalau dijemput, apa salahnya? Mereka juga membantu menghidupkan cerita. Saya rasa mereka akan lebih dihargai. Tetapi kalau tidak dijemput, kita sedar dirilah yang kita ini cuma pelakon tambahan,” ujarnya.Luahan hati Haneesya beberapa selepas FFM berlangsung.Mengulas mengenai namanya yang mungkin tidak disenaraikan dalam kredit filem berkenaan, Haneesya mengakui tidak terlalu mengambil berat mengenai perkara tersebut kerana memahami watak yang dibawakan sekadar sebagai hantu.“Saya sedar saya cuma bawa watak hantu. Kalau ada rezeki dan mereka mahu letakkan nama saya, saya terima. Kalau tidak, nak buat macam mana. Orang pun tak tahu hantu itu sebenarnya saya,” luahnya.Sebelum ini, Haneesya memuat naik di Thread berkenaan dirinya terlupa pernah membintangi filem Malam Terlarang sebagai Pamakbul.Malah ketika dipuji netizen mengenai lakonan dan kelayakannya untuk menerima anugerah, Haneesya mendedahkan dirinya tidak menerima undangan ke majlis berkenaan.TONTON VIDEO PILIHAN!